AMELINA

Amelina ialah seorang penyanyi dangdut yang berasal dari Nilai,Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai "Ratu Dangdut". Sebelum menjadi penyanyi, Amelina pernah bekerja sebagai pekerja kilang. Penyanyi ini aktif sekitar 1990-an dan sering berganding dengan penyanyi dangdut Iwan. Kepopularitian Amelina dapat dilihat apabila album pertama beliau Rindu Ah Ah Ah berjaya terjual sebanyak 200,000 unit. Selain itu, album kedua beliau Syik Ayik Asyik juga berjaya terjual sebanyak 200,000 unit. Ini telah mengukuhkan lagi nama beliau di dalam persada seni Malaysia. Lagu-lagu Amelina selalu disiarkan di corong-corong radio. Antara lagu-lagu popular beliau ialah Asyik, Rindu dan Semakin Rindu Semakin Asyik.

Koleksi Terbaik MP3 Amelina:

  1. Asyik
  2. Rindu
  3. Zapin Tujuh Purnama
  4. Ah Rindu Lagi
  5. Di Dadaku Ada Kamu
  6. Yang Indah Yang Hangat
  7. Semakin Rindu Semakin Asyik
  8. Sini Cinta Sana Cinta - duet bersama Sheeda
  9. Secangkir Madu Merah - duet bersama Sheeda
  10. Memori Daun Pisang - duet bersama Iwan
  11. Yang Tersayang - duet bersama Iwan
  12. Bulan Cinta (penyanyi asal - EVA)
  13. Cinta Oh Cinta
  14. Aduh
  15. Ah Aku Tahu
  16. Sepayung Berdua - duet bersama Iwan
  17. Jangan...jangan...jangan
  18. Aku Jatuh Cinta